Rabu, 23 Jun 2010

DOF

TEKNIK SEPOSEN- DEPT OF FEILD

Depth Of Field


Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik dan bokeh yang tidak baik.


DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.



fokus depan

fokus tengah

fokus belakang.

Lagi contoh...




so... kawan kawan...ini lah salah satu kelebihan yang ada pada DSLR...
...Jom outing......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan