Ahad, 27 Jun 2010

outing lagi....


















Semalam 26.6.2010 , sayer berkesempatan menyertai gerombolan PSDC untuk melakukan aktiviti
outing di Pasar Payang dan kawasan sekitarnya. Hari ini sayer meneruskan perjalanan ke Kenyir untuk
menghadiri Kursus DSLR anjuran KKKT.

Sedikit gambar yang sempat dirakam..





Rabu, 23 Jun 2010

DOF

TEKNIK SEPOSEN- DEPT OF FEILD

Depth Of Field


Depth of field atau dikenali sebagai DOF merujuk kepada kawasan dari jarak terdekat focus lensa menjadi tajam, sehingga jarak terjauh ketajaman itu mula pudar.
Penghasilan DOF yang kecil (shallow) akan menjadikan latar belakang "kabur" atau blur. situasi latar belakang yang kabur atau hilang disebut sebagai "bokeh". bokeh tidak mempunyai ukuran yaang objektif. ia lebih bersifat subjektif. saya secara peribadi juga tidak tahu bagaimana bokeh yang baik dan bokeh yang tidak baik.


DOF dipengaruhi oleh bukaan pandangan (focal length), jarak subjek dengan lensa, crop factor dan bukaan aperture.Umumnya, fotografer lanskap akan menggunakan aperture yang kecil (nombor F yang besar) kerana imej yang ingin dihasilkan biasanya ingin menunjukkan perincian (detail) pada hampir keseluruhan imej (corner to corner detail). Manakala, fotografer potret (portraiture) akan biasanya menggunakan aperture yang besar (nombor F yang kecil) untuk "memisahkan" objek daripada latar belakang.



fokus depan

fokus tengah

fokus belakang.

Lagi contoh...




so... kawan kawan...ini lah salah satu kelebihan yang ada pada DSLR...
...Jom outing......

Selasa, 22 Jun 2010

ISO

Teknik seposen : ISO



Apa itu ISO ?

Tajuk yang di bincangkan tidak ader kena mengena dengan ISO 9000 QS ya...!!
ISO dalam istilah kamera ialah tahap sensitivity kepekaan cahaya yang masuk kedalam kamera.
Biasanya rating ISO ni bermula dari 50 hingga ke 1600. bergantung pada camera. Ada yang bermula dari 100 atau 200…dan yang cangih sampai 6400 dan 25600 pun ada.

ISO 100-200

Waktu tengah hari terik dan cukup kekuatan cahaya seperti di dalam studio.

Gambar pada iso ini akan menghasilkan warna, contrast yang paling optimum.

contoh gambar ISO 100
Exposure: 0.004 sec (1/250)
Aperture: f/10.0
                                                            Focal Length: 17 mm
                                                            ISO Speed: 100


ISO 400

Waktu mendung, dibawah litupan.

Gambar masih lagi mempunyai warna yang baik dan noise pada jumlah minima



contoh ISO 400



Properties picture
Exposure: 0.004 sec (1/250)
Aperture: f/5.6
                                                             Focal Length: 228 mm
                                                             ISO Speed: 400


ISO 800

Waktu di dalam rumah

Gambar mempunyai warna sedikit pudar dan noise banyak kelihatan.

contoh gambar
Exposure: 0.067 second
Aperture: f/4.0
  Focal Length: 17 mm
 ISO Speed: 800


ISO 1600

Waktu malam dan kurang bercahaya

Gambar mempunyai warna tetapi kurang menarik, noise lebih banyak kelihatan dan contrast gambar mula pudar.

contoh gambar
Exposure: 0.002 sec (1/640)
Aperture: f/4.0
                                                              Focal Length: 70 mm
                                                                 ISO Speed: 1000


ISO 3200-6400

Waktu yang gelap dan tidak bercahaya.

contoh gambar
Exposure: 0.001 sec (1/1000)
Aperture: f/4.0
                                                               Focal Length: 40 mm
                                                                  ISO Speed: 3200

Gambar sesuai di ambil menggunakan black & white mode.

Ahad, 20 Jun 2010

Silhouette

Mungkin ramai dari peminat foto
memandang   dan     memikirkan
bagaimana cara  terbaik    teknik
silhouette dibuat.  Lazimya cara
diambil mengenai detik orang di
pantai,seseorang melihat lanskap
ataupun bangunan yang sedang
ditenggelami cahaya matahari
sedang turun.



Apa itu 'Silhouette'?

Silhouette merupakan pemandangan sesuatu objek, yang hanya menunjukkan bentuk tanpa maklumat permukaan objek tersebut.


Silhouette memerlukan latarbelakang yang lebih cerah dari objek


Bagaimana cara mengambil Silhouette?
Ada beberapa cara dan teknik untuk merakam :

  1. Bagi kamera compak, selalu nya sudah tersedia scene sunset, boleh mencuba dari situ.
  2. Bagi kamera DSLR ia memerlukan sedikit pengetahuan tentang exposure (kurangkan EV)
  3. Pilihlah subjek yang mudah difahami
  4. Jangan gunakan Flash
  5. Dapatkan pengcahayaan yang betul
  6. Boleh membuat pengesuaian di perisian PS untuk mendapat lebih tone
contoh:


                                                                
      gambar asal





   selepas di edit mengurangkan exposure, inilah hasilnya.




Anda juga boleh mencuba gunakan shutterspeed untuk membuat Silhouette.
Just shoot..It happen only once...


Remember that!!!!!

Jumaat, 18 Jun 2010

Monochrome

Teknik Seposen-Monochrome






Semalam ketika saya belek dan godek kamera saya, ternampak function 'monochrome'.
Oleh kerana saya mempunyai sedikit masa disamping 'model model' saya agak sporting ketika itu lantas terfikir untuk mencuba beberapa snapshot. *Petua- kalau nampak idea terus prap!.jgn ditunggu...
Satu lagi Function ini bukan hanya ada pada DSLR sahaja malah dalam kamera Compact pun ada.


Monochrome adalah salah satu setting untuk mendapatkan mood black & white.
boleh di gunakan dalam imej JPEG dan RAW.Bukan sekadar 'desaturation' setting,
monochrome juga membenarkan kita mengubah 'contrast & sharpness'. Ia juga membolehkan
kita melakarkan efek pada mimik yang kita ingin kan seperti merah,kuning atau hijau dengan menggunakan
photografik filem atau PS.
Ingin mencuba?...



  gambar 1 diambil dengan cahaya sediada




gambar 2 diambil dengan flash diletak sebelah kiri




                                                                  sepia mode


letakan model anda disebelah tingkap untuk mendapat tone cahaya.



Selamat mencuba...

Isnin, 14 Jun 2010

SHUTTER SPEED







TEKNIK SEPOSEN - SHUTTER SPEED



Shutter speed bolehlah dikatakan seolah olah kita mengawal pergerakan masa sesuatu objek.
kelajuan yang tinggi pada shutter speed boleh "menghenti/mengkakukan" pergerakan, manakala pada kelajuan rendah membolehkan kita nampak seperti bayangan sahaja.
Sila select mode dial 'TV' untuk Canon dan 'S' untuk Nikon dan pilihlah kelajuan yang di kehendaki.

contoh gambar:

Untuk menghasilkan gambar begini saya mengunakan 1/200 dan gunakan flash supaya gambar tidak menjadi gelap gelita.





Gambar 2:


Shutter yang rendah boleh menghasilkan pergerakan air seperti kabus  dan lembut. Gambar ini saya mengunakan shutter yang rendah 15 saat

Ahad, 13 Jun 2010

white balance







Hari ini saya mengambil gambar nightlanscape pada waktu malam.
Selain bermain dengan Shutter Speed , Saya juga mengunapakai mode white balance.
contoh 1.



OK. dalam mode whitebalance saya tidak menggunakan auto,sebaliknya saya guna  colour temp skala 10000, dan inilah hasil diperolehi..

Contoh 2;



Gambar ini saya gunakan mode auto white balance..nampak sedikit warm.Bergantung kepada individu untuk mencuba sesuatu kelainannya.
saya sertakan sedikit profile bagi gambar gambar tersebut.

Camera: Canon EOS 5D Mark II

                                                        Exposure: 15second
                                                        Aperture: f/8.0

                                                        Focal Length: 17 mm

                                                        ISO Speed: 100

                                                        Exposure Bias: 0 EV

                                                        Flash: Off, Did not fire


                                                        Exposure Program: Shutter speed priority AE

Selasa, 8 Jun 2010

Binatang montel

sekali nampak macam pelastik. inilah badak berendam yang saya snap dekat zoo negara.
kebetulan masa saya berada disitu dia sedang keluar dari kubang rendaman...snap laa...

Ahad, 6 Jun 2010

Outing di Pasar Payang Terengganu

Lensa dari kamera ku terfocal kepada makcik ini..seperti ibu sendiri..Sebenarnya makcik ni malu malu untuk diambil gambar...tapi salah seorang dari fotografer dari kami berinteraksi (DR kalau tak salah saya) dengan berhemah..maka dibenarkan..saya yang duduk dari komposisi tepi..saya menggunakan kamera Canon 500D dengan Tamron 70-300 mm,bukaan f4.5,TV mode 1/400, oleh kerana keadaan agak gelap saya naik kan ISO 1600...tekan jer trigger..dan inilah hasil nya...
lagi gambar