Khamis, 16 Disember 2010

Apokobondo nie..?

Kali ini kita belajar mengenal satu model keluaran Canon Transmitter.
Apa,bagaimana dan bila kegunaannya? hmmmm?

1. Apa.?

Canon Speedlite Transmitter ST-E2 adalah kawalan flash IR yang membolehkan anda mengawal secara mudah tanpa wayar (wireless) set-up flash .
 
2.bagaimana?
 
Jika anda punya satu atau lebih Speedlite (flash) yang boleh digunakan sebagai unit slave tanpa wayar(wireless), ST-E2 adalah untuk anda. Ini menyediakan unit ringan yang mengawal unit remote dengan bertindak sebagai unit flash master.


3.bila?

Bila anda tidak ingin memasang flash master dikamera anda tetapi anda memerlukan kawalan  flashguns kiri atau kanan anda, ST-E2 adalah jawapannya. Lekatkan pada hotshoe kamera dan ia akan memancarkan isyarat infra merah kawalan untuk mengawal flashguns anda.

lagi...

Ia tidak hanya untuk digunakan dalam mengendalikan flashguns sahaja,di beberapa lokasi flash tidak dibenarkan, contohnya jika tahap cahaya yang rendah, agak sulit untuk memfokus. Jika anda tidak boleh menggunakan flashgun, maka ST-E2 menyediakan grid angka menumpukan untuk membuat autofocus lebih cepat dan lebih tepat.

Ciri-ciri Utama



*E-TTL II flash kawalan
*Nisbah kawalan ke atas dua kelompok flashguns
*High Speed Sync kawalan
*Keluasan liputan 15m (indoor) 10m (outdoor)




contoh pandangan belakang.




contoh gambar..


* untuk menguji benda alah ni, saya menjemput untuk kesekian kalinya model handalan lagi tegar,saudara Zam Zamri. Oleh kerana tema pengambaran pada hari itu bertemakan 'creepy' atau 'Seram' maka saya menarik shutter speed sebanyak banyaknya (1/8000) untuk mendatangkan "Kegelapan".



Gambar diatas bukan diedit, terus dari kamera ..pada hal waktu itu tengah hari dengan cahaya terang benderang. bagaimana terjadi sebegitu?..inilah kegunaan ST-E2..

Flash diletak kiri dan kanan model dengan ST-E2 menjadi Master Speedlight menjadi Slave..



Keluasan jarak liputan agak luas.. Gambar ini model memanjat pokok dimana flash diletak hampir 10 meter dengan Kamera.

 Dengan sedikit manipulasi, gambar bertambah menarik untuk tema 'Creepy' lagi 'Seremm'...



Kesemua gambar ini saya shoot siang, kecuali bulan yang saya shoot 2 bulan sudah..he he he..

Untuk keseluruhan gambar dengan menggunakan ST-E2 memang teruja dan sangat berbaloi..
Kredit untuk model kita sedare Zam Zamry, Selaku model tegar tak berbayar..PEACE!!

Salam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan